Thursday, 27 March 2014

Tempat Untuk Berbulan Madu (18sX)




Loveland 'adalah sebuah taman tema seksual, yang terletak di Korea Selatan. Taman ini mempunyai beberapa patung dibuat berdasarkan kedudukan hubungan seks. Mereka mengatakan bahawa banyak pasangan di negeri ini menggunakan taman ini sebagai destinasi untuk berbulan madu. Yang benar adalah bahawa ia juga dikenali sebagai 'Pulau baru berkahwin.'





Gambar selebihnya mungkin mengandungi unsur-unsur sensitif....  















































Tiup Tayar Kereta Guna Hidung




Bakat pelik Seorang lelaki Nie Yongbing dari Chengdu, Barat Daya China ini, beliau boleh mengembung tayar hanya dengan hembusan dari hidungnya. 

Nie Yongbing, 63, yang menggunakan kekuatan hidung beliau untuk mengepam tiup tayar kereta dengan lapan penonton berdiri di atas. Dia hanya mengambil masa hanya 21 minit untuk meletupkan tiup tayar tersebut.

Nie mula mengasah kemampuan yang luar biasa setelah doktor mengatakan kepadanya meniup belon dengan hidungnya akan meningkatkan kesihatannya.

Tapi dia tidak merasa cukup mencabar sehingga tiga tahun lalu-Nie terus mempraktik kelebihan yang ada dengan meniup tiup tayar kereta menggunakan hidungnya.





Ketagih Sos Tomato




Sos tomato memang menjadi bahan pelengkap terbaik untuk membuat makanan kelihatan lebih sedap . Namun wanita ini tidak hanya menjadikan sos tomato sebagai pelengkap saja, tetapi juga sebagai sesuatu yang kritikal dalam makanannya .

Wanita ini bernama Melissa Ibbitson mengaku tidak boleh makan jika tidak menggunakan sos tomato. Tercatat setiap harinya ia memakan sos tomato saiz besar 3 kali dalam sehari. Bahkan jika dikira ia telah menghabiskan 75 kilogram sos per tahunnya.

Wanita berusia 19 tahun ini mendedahkan bahawa ia mula ketagih sos tomato sejak ia kecil. " Aku mula makan sos tomato saat masih kecil di McDonalds. Sejak saat itu aku seperti merasa taksub dan tidak boleh hidup tanpa sos tomato, " kata Melissa .


Ia juga mendedahkan bahawa untuk mendapatkan sos tomato yang banyak , ia tidak malu-malu untuk mengambilnya secara percuma di restoran. Menurutnya sos tomato yang paling enak adalah jenama Heinz.

Melissa merupakan seorang mahasiswa di Universitas Lincoln. " Pilihan adalah sos Heinz, namun sebagai pelajar aku harus sedikit menjimatkan kerana harganya yang mahal , " katanya. "Saya kemudiannya mengambil sachet sos tomato di semua tempat. Kafe dan restoran menjadi tempat yang paling tepat untuk menjimatkan kos."


Meskipun begitu , Melissa juga mengaku takut akan kesihatan tubuhnya jika mengambil sos tomato secara berlebihan . Namun sifat ketagihan yang melampau membuatkannya tidak boleh berhenti sekalipun untuk memakan sos tomato setiap hari.





Ketagih Kosmetik



Ohio: Seorang wanita membeli mekap bukan untuk dipakai, sebaliknya untuk dimakan. Britonni, 22 berkata, dia kemaruk memakan mekap sehingga boleh memakan 15 hingga 20 bahan kosmetik itu setiap hari.

Menurutnya, setiap mekap itu mempunyai rasa berbeza bergantung kepada jenis dan jenamanya.

Dia mendakwa pembayang mata metalik berwarna coklat muda, putih dan kelabu yang paling lazat.

“Saya rasa hidup tidak lengkap jika tidak makan mekap. Setiap kali memakannya saya dapat membayangkan warna-warna cantik itu menyelaputi bahagian dalam badan saya,” katanya.

BRITTONI menghabiskan lebih RM660 seminggu membeli mekap.

Tabiat pelik Brittoni itu bermula sejak dia berusia lima tahun apabila dia mula ‘geram’ melihat mekap berwarna-warni ibunya.

Bagaimanapun, dia mengakui terpaksa menyembunyikan sikap peliknya itu daripada keluarga.

“Saya menyorok mekap merata-rata di rumah. Di bawah sofa, di dalam pasu bunga atau peti sejuk.

“Malah, rambut saya yang panjang juga menjadi tempat menyembunyikan mekap yang saya ingin bawa untuk dimakan ketika di luar rumah.

“Keluarga tidak mengetahui perkara ini kerana saya malas menjelaskan kepada mereka.

“Malah ibu juga tidak tahu - kalau tidak habislah saya dileteri,” katanya.

Menurutnya, dia membelanjakan lebih AS$200 (RM660) seminggu membeli kosmetik malah mempunyai cara tersendiri untuk memastikan mekap dibeli bersesuaian.

“Sudah tentu saya perlu merasa mekap untuk memastikan tidak tersalah beli. Jadi saya tuangkan sedikit pada tangan sebelum menjilatnya sambil memastikan tiada sesiapa di situ.

“Kalau tidak sedap, saya letak semula. Mungkin perbuatan itu salah namun saya tidak mahu terbeli mekap tidak sedap,” katanya.

Bagaimanapun, bahan kimia dalam mekap berkenaan sudah pasti menghancurkan badannya dari dalam secara perlahan.



Antara bahan yang digunakan termasuk magnesium silikat yang serupa dengan asbestos selain minyak galian dan mika iaitu sejenis galian yang digunakan untuk menghasilkan warna dalam cat.

Brittoni menghidap masalah jantung sejak berusia 12 tahun yang mungkin disebabkan tabiat peliknya itu namun mengakui enggan memikirkan kesan negatif akibat tabiatnya itu.

Tabiat Brittoni itu bukan saja memberi kesan terhadap kesihatannya, malah menjejaskan hubungannya dengan teman lelaki, Josh.

Lukisan Maze Game Paling Mencabar





Seorang berbangsa Jepun menggunakan nama Kya7y di laman twitternya, menjumpai satu hasil lukisan lorong sesat yang mungkin biasa kita bermain, iaitu dengan bermula dari lorong mula dan berakhir dengan lorong penamat, tetapi lukisan lorong sesat ini amat menakjubkan, ianya dihasilkan oleh bapa beliau 30 tahuan yang lalu, dan mengambil masa selama 7 tahun untuk menyiapkannya. Ukuran lukisan lorong sesat ini bersaiz 33 inci panjang dan lebar sepanjang 23 inci.